Khamis, 15 November 2012

Sains - Sistem Solar 2

Sistem Suria
  1. Sistem suria termasuk matahri dan semua objek yang begerak mengelilinginya .
  2. Sistem suria berbentuk elips dan tediri daripada:
  • Matahari
  • 9 plenet
  • satelit semula jadi
  • Asteroid
  • meteoroid
  • komet
Info sains:
sistem suria kita terletak di dalam galaksi yang di panggil galaksi bima sakti.
Galaksi bima sakti ber bentuk pilin . Matahari merupakan salah satu daripada berjuta - juta bintang di bima sakti.Galaksi andromeda ada galaksi yang paling dekat dengan bima sakti.




Matahari

  1. Matahari adalah pusat Sistem Suria. Matahari adalah objek terbesar dalam Sistem Suria.
  2. Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling dekat dengan Bumi.
  3. Matahari mengeluarkan cahaya, haba dan tenaga.
  4. Tanpa Matahari hidupan dibumi tidak akan wujud.
  5. Tanpa cahaya matahari, suhu akan menjadi terlalu sejuk, sehingga tiada hidupan yang bolih hidup dan bumi akan menjadi beku.
  6. Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan bumi, lapan planet yang lain, asteroid dan komet dalam orbit masing-masing.
  7. Semua ahli sistem suria mengelilingi matahari dalam arah yang sama tetapi pada kelajuan yang berlainan.
Planet
  1. Terdapat 9 buah planet dalam Sistem Suria.
  2. Turutan planet-planet mengikut jarak paling dekat sehingga paling jauh dari matahari ialah :
    Utarid
    Ultraman
    Zuhrah
    Ziarah
    Bumi
    Bumi
    Marikh
    Menentang
    Musytari
    Makhluk
    Zuhal
    Zalim
    Uranus
    Untuk
    Neptun
    Naik
    Pluto
    Pangkat

     
  3.  Kesemua 9 planet mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar digelar orbit, dalam arah lawan jam (barat ke timur)
  4. Semakin jauh planet dari matahari semakin besar orbit planet itu.
  5. Semasa planet-planet beredar mengelilingi matahari, planet-planet juga berputar diatas paksinya sendiri.
  6. Semua planet berputar diatas paksinya sendiri mengikut arah lawan jam kecuali :
    • Zurah mengikut arah jam
    • Uranus dari bawah ke atas (sisinya)
  7. Setiap planet mengambil masa yang berbeza untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi matahari.
  8. Planet yang paling dekat dgn matahari mengambil masa yang singkat manakala planet yang paling jauh mengambil masa yang lama untuk menglengkapkan satu orbit matahari.
  9. Ini disebabkan Planet yang paling dekat dengan matahari mempunyai orbit yang lebih kecil.

Planet
Jarak dari Matahari (KM)
Masa untuk satu peredaran lengkap (Hari/ Tahun)
Bilangan Satelit semulajadi
1
Utarid
57.9
88 Hari
0
2
Zuhrah
108.2
225 Hari
0
3
Bumi
149.6
365 Hari
1
4
Marikh
227.9
687 Hari
2
5
Musytari
778.3
11.8 Tahun
16
6
Zuhal
1427.0
29 Tahun
18
7
Uranus
2831.0
84 Tahun
15
8
Neptun
4497.1
165 Tahun
8
9
Pluto
5813
247.7 Tahun
1

Satalit Semula Jadi (Bulan)
  1. Kebanyakan planet mempunyai objek kecil yang beredar mengelilinginya yang digelar setelit semula jadi  atau bulan.
  2. Bulan merupakan satelit semula jadi bagi Bumi.
  3. Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam. Bulan mengambil 28 -31 hari untuk beredar mengelilingi bumi.
Asteroid
  1. Objek berbatu yang berlogam yang bereder mengelilingi matahari.
  2. Asteroid adalah lebih kecil dari planet tapi lebih besar dari Meteorid.
  3. Saiznya dalah sekecil debu
  4. Kebanyakan Asteroid yang dikenali berada dalam jalur asteroid yang terletak diantara Marikh dan Mushtari
  5. Info sains - Asteroid yang palin besar dalam sistem suria kiata ialah CERES yang mempunyai kelebaran 1000km.

Meteorid
  1. Info sains - Kali terakhir Meteor besar jatuh ke bumi adalah pada tahun 1908 di Rusia. Banyak pokok-pokok  musnah akibat hentaman berikut.
  2. Meteorid merupakan ketulan batu kecil atau logam yang terapung dalam sistem suria.
  3. Terdapat berjuta-juat meteroid diangkasa. Kebanyakannya adalah kecil.
  4. Jilka meteroid jatuh kedalam atmosphera Bumi, Meteroid mula terbaka dan menghasilkan cahaya. Ini digelar Meteor.
  5. Jika kamu terlihat Tahu Bintang , Kamu sebenarnay melihat Meteor.
  6. Meteor yang terhempas kepermukaan Bumi digelar Meteorit.
  7. Apabila sebuah Meteor yang besar terhempas ke permukaan Bumi, kawah terbentuk
Komet
  1. Komet adalah ketulan ais yang terbentuk daripada gas dan debu yang beku.
  2. Komet mempunyai ekor bernyala yang panjang dan beredar mengelilingi matahari.
  3. Satu contoh komet ialah Komet Halley, yang muncul 76 tahun sekali dalam sistem suria.
  4. Kali terakhir kemunculan Halley adalah pada tahun 1986.

3 ulasan: