Sabtu, 15 Disember 2012

panduan belajar

PANDUAN BELAJAR DI RUMAH

1.1        Pastikan anak tuan/puan membuat dan menyelesaikan kerja rumah yang diberi oleh guru.
       1.2               Pastikan anak tuan/puan membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang telah diajar.
       1.3               Anak tuan/puan perlu didisiplinkan agar mematuhi masa, menghormati ibu bapa dan beribadah (bagi yang Islam).
       1.4.       Pastikan anak tuan/puan bercita-cita tinggi
1.5        Anak tuan/puan perlu membuat note ringkas untuk semua mata pelajaran dan  nota tersebut sentiasa dibaca
1.6        Latihan  menjawab soalan-soalan peperiksaan  PMR/SPM sebenar perlu diperbanyakkan lagi.
1.7        Beli atau dapatkan buku-buku teks dan ulangkaji dan pastikan buku-buku digunakan sepenuhnya.
1.8        Tuan/puan perlu menyemak buku-buku dan kerja-kerja anak tuan/puan sekerap yang boleh.
1.9        Dapatkan majalah dan akhbar yang berkaitan dan penting dibaca oleh anak-anak tuan/puan.
1.10      Pastikan anak tuan/puan menonton TV hanya pada rancangan-rancangan yang berfaedah seperti berita,  ma.jalah 3 dan sebagainya.
1.11.     Tiap-tiap han ppastikan tuan/puan dapat meluangkan masa bersama anak-ariak belajar atau memastikan anak-anak benar-benar belajar.
1.12       Menggunakan pelbagai teknik belaiar sepertii hafalan, gambaran dan sebagainya.
            Bahasa Inggeris             
             i.Pastikan anak mempunyai kamus dan buku perbendaharaan kata
            ii.Galakkan anak tuan/puan membaca majalah dan akhbar dalam bahasa Inggeris
              serta menonton rancangan TV yang berkaitan atau boleh memantapkan
              penguasaan bahasa Inggeris mereka
                   
            Matematik
i.Tiap-tiap hari perlu membuat sekurang-kurangnya 5 hingga 15 soalan-soalan  
ii.  matematik sama ada dari soalan-soalan sebenar atau soalan-soalan dari tajuk-tajuk
  popular                                              
iii Sentiasa cuba set soalan peperiksaan sebenar dalam jangka masa yang ditetapkan.

Bahasa Melayu.
i. Pastikan anak tuan/puan mengarang sekurang-kurangnya dua tajuk seminggu.
ii.Sentiasa menggunakan kamus dan banyakkan membaca bahan bacaan yang sesuai.
iii. Latihan membaca cepat dan meringkaskannya.

2.         KONSEP MASA
           
            Masa tidak boleh dijimat.  Masa tidak boleh disimpan.  Masa tidak boleh ditambah.  Masa tidak boleh dikurang.  Masa tidak boleh disorok.  Masa toidak boleh direkacipta.  Masa Hanya Boleh Digunakan.
            Selain dari itu masa masa adalah emas.  Masa adalah modal yang didapati secara percuma.  Ia tidak boleh ditukar ganti.  Ini bermakna kita perlu Bijak Menggunakan Masa.
            Oleh kerana masa sesuatu yang amat berharga dan pelajar selalu menggunakan nya dengan kerja-kerja yang sia-sia, maka soal pengurusan masa adalah amat perlu.  Pengurusan masa yang cekap boleh mengurangkan tekanan pada diri sendiri, di samping mengelakkan pembaziran dan seterusnya membantu pelajar mencapai matlamat iaitu belajar dan berjaya. .

2.1         TEKNIK MENGURUS MASA
       2.1.1          Adakan .jadual belajar sendiri di rumah dan ibu bapa adalah penyelia kepada jadual pelajar  sama ada ia dipatuhi atau sebaliknya.
       2.1.2     Bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan yang besar seperti PMR atau SPM,  belajar antara 21 jam hingga 30 jam seminggu adalah memadai (tidak termasuk masa membuat kerja rumah –home work )
       2.1.3     Pembahaian masa belajar
                                      2.1.3.1. Waktu petang elok untuk menyelesaikan kerja rumah dan pelajaran yang                                                                                                                         
                                                   banyak menggunakan proses mental seperti matematik
2.1.3.2. Waktu malam boleh belajar minimum selama dua jam semalam dan maksimum tiga jam setengah.
2.1.3.3.  Setiap satu jam belajar,  perla ada rehat pendek antara 5 hingga 10 minit.
2.1.3.4.  Waktu yang terbaik untuk belajar adalah waktu awal pagi iaitu antara jam 4.00 pagi hingga 7.00 pagi.
2.1.3.5. Bagi hari cuti, pelajar boleh belajar hingga 8 jam sehari.
2.1.3.6. Pastikan pelajar belajar tiap-tiap hari, walaupun pada hari cuti.
2.1.3.7. Pastikan pelajar mengulangkaji semua mata pelajaran yang penting dan yang kurang dikuasai oleh pelajar perlu diberikan peruntukan masa yang lebih.
       2.1.4          Hapuskan tabiat tunggu dan tangguh dan ibu bapa perlu memastikan a anak-anaknya telah menyiapkan kerja rumah dan bersedia pula untuk membuat ulangkaji.
       2.1.5          Pastikan anak-anak tuan/puan sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah dan sega1a tindak tanduk, per1akuan den pergerakan mereka sentiasa dalam pengawasan dan makluman tuan/puan.
       2.1.6          Dapatkan tempat belajar yang selesa untuk anak tuan/puan dan sebaik-baiknya gangguan radio dan TV dikurangkan ke tahap yang terendah.
           
            Akhlrnya percayalah kalau pelajar dapat mengawal penggunaan masa.dengan baik dan
membahagikàn untuk kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan bermanfaat sebenarnya mereka telah membawa diri mereka semakin dekat dengan cita-cita mereka dan cita-cita tuan/puan.  Sebenarnya mereka  sudah mèlangkah  seribu tapak ke hadapan ke arah kejayaan
           
            Ingat, kalau kita rasa kita sibuk, ada orang lain lebih sebuk daripada kita.  Kalau kita terlalu banyak kerja penting, orang lain lagi banyak kerja penting yang hendak dilakukan.  Jesteru itu kalau orang lain boleh berjaya, maka kita dan anak-anak kita .juga boleh berjaya.  Kalau sekoah telah mengawasi aktiviti-aktiviti pelajar selama 6 jam sehari, maka baki sebanyak 18 jam sehari lagi adalah terletak di tangan dan bahu tuan/puan untuk memastikan anak tuan/puan melakukan aktiviti selanjutnya yang tentunya merupakan aktiviti yang terancang, terselia dan terkawal agar anak-anak yang sama-sama kita didik jadi manusia yang berguna.  Kita iaitu guru-guru dan ibu bapa mampu tersenyum lebar atas kejayaan mereka.  Kejayaan pelajar adalah kejayaan kita bersama.  Kami guru-guru mungkin mampu untuk tersenyum seketika, tetapi pelajar dan tuan/puan boleh tersenyum untuk selama-lamanya

Sekian terima kasih